S : Bolehkah menamakan anak dengan nama “Muhammad”? Saya dengar ada orang yang kata tidak boleh.
Ingin tahu,
Shah Alam
J : Boleh memberikan nama “Muhammad” berdalilkan hadis berikut: Jabir bin Abdullah berkata: (Isteri) seseorang di antara kami melahirkan anak lelaki lalu diberi nama Muhammad. Maka keluarganya berkata: “Kami tidak membolehkan anda menamakan anakmu dengan nama Rasulullah.” Maka dia menemui Nabi sambil menggendong anaknya seraya berkata: “Ya Rasulullah! Anakku lahir seorang lelaki lalu kuberi nama Muhammad. Keluargaku mengatakan tidak boleh memberi nama dengan nama Rasulullah. Bagaimana?” Rasulullah menjawab: “Namailah dengan namaku tetapi jangan menggelari dengan gelaranku. Aku bergelar ‘Qasim’ (yang membahagi), kerana aku membahagi-bahagikan rahmat Allah di antara kamu sekalian.” [Shahih Muslim, no: 3976]
Kemungkinan orang yang mengatakan tidak boleh bermaksud, tidak boleh berkeyakinan bahawa nama “Muhammad” akan memberi sesuatu keutamaan bagi pemiliknya di Hari Akhirat kelak. Hadis-hadis yang menyatakan keutamaan nama “Muhammad” setahu saya tidak ada yang sahih sehingga tidak boleh dijadikan hujah untuk urusan di Hari Akhirat.
Seperkara lain, nama “Muhammad” adalah nama yang baik lagi indah, maka cukuplah dengan nama “Muhammad” sahaja. Tidak perlu menambah nama lain seperti Muhammad Fadzli, Muhammad Ikram atau lain-lain. Jika diperhatikan semua nama para Nabi dan Rasul di dalam al-Qur’an, semuanya satu perkataan sahaja.
Jan 18, 2012
nama
dulu2 mak slalo kate , if anak lelaki ade name 'Muhammad' elok . di akhirat nty akan didahulukan . Perasaan mula ragu2 . btol ke ? n smlm tjumpe artikel nih . menjawab segale psoalan . :D
Subscribe to:
Posts (Atom)