sakit e2 anugerah Allah S.W.T utk menghapuskan dosa2 kecil yg kte telah buat . juga tandanye dye sayangkan kite . begitu juga sakit ketika mengandung . biasela tgh2 bawa perut nih muntah sana , muntah sini . e2 ta bole makan , ini ta bole makan . smlm genap 3 bulan kandungan , tp stil hav morning sickness . tapi yg pelik , skrg makin teruk . dulu pagi2 je muntah , skrg da bawa masuk ke pas maghrib pun same . then , kerap sgt sakit kepale . mungkin kerane aku mmg ade tekanan darah rendah . jadi , aku amik inisiatif minum air gula . tp stil pas minum kua balik . haiyo~ then ? ape ag pilihan yg ade ? jadi pelanggan tetap charkueytiaw depan hosp . tiap2 mlm mkn kueytiaw goreng kerang , kerang lebey . sbb antara fakta yang aku tahu kerang dapat membantu untuk menstabilkan darah pada mereka yg mengalami tekanan darah rendah . and kat bawah nih aku storykan fakta tentang kerang yg aku tahu . :)
Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.
Daging kerang/tiram mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.
Kerang jugak baik untuk diambil oleh wanita yang sedang hamil. Biasa kalau kurang darah, wanita mengandung disarankan makan kerang ni. Masalahnya sekarang ni banyak sangat pencemaran air laut yang boleh menyebabkan kerang juga tercemar oleh logam berat seperti merkuri. Logam berat ni bahaya kalau diambil oleh wanita hamil sebab boleh menyebabkan janin cacat atau penyakit autis. Tapi sayang tak ada ciri khusus untuk kita tahu kerang tu dah tercemar atau tidak. Namun begitu, untuk elak daripada mengambil kerang yang dah tercemar dengan merkuri, jangan beli kerang yang berasal dari perairan yang mengandungi banyak bahan buangan industri. (huhuhu..camne nak tahu kerang tu berasal dari mana..yang kita tahu kerang tu berasal dari pasar atau pasaraya yang berkenaan je)
k , bye .